Latihan / TOT Pembangunan API Pangkalan Data MSSQL telah berjaya dilaksanakan pada 4 September 2024, bertempat di Bilik Seminar SDEC Aras 2. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada kakitangan SDEC dalam menghasilkan data API menggunakan Framework Laravel. Para peserta diberi tunjuk ajar tentang pemasangan sistem ke localhost dan melakukan latihan praktikal bersama tenaga pengajar.

Sesi ini juga merangkumi pengujian API menggunakan data development, memberi peluang kepada kakitangan untuk memahami aplikasi sebenar pembangunan API. Latihan ini diketuai oleh En Haris Haikal, Pegawai Teknologi Maklumat F41 dari Bahagian Aplikasi Akademik dan Portal. Program ini membuka ruang kepada kakitangan untuk meningkatkan kemahiran dalam teknologi moden.