26 September 2024 (Khamis), Latihan Khas Pemindahan Bahan Kursus untuk penyediaan fail pengajaran A241 di Sistem GOALS USIM telah berlangsung dengan lancar secara dalam talian melalui platform MS Teams. Program ini telah diadakan dalam dua sesi iaitu pada sesi pagi dan sesi petang.
Pensyarah-pensyarah dapat mempelajari kaedah pemindahan bahan kursus serta mengetahui tips teknikal yang amat berguna untuk memastikan proses pengajaran di semester A241 lebih efisien.
Sesi latihan ini disampaikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dari SDEC terdiri dari Ts. Mohd Firdaus Amran, Pn. Nurhuda Ruzlan dan Cik Nur Syakira Redzuan.
Terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai sesi ini. Semoga ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan sepenuhnya!