Latihan Power Bi yang dijalankan oleh Seksyen Pengurusan Data yang dijadualkan pada 23 hingga 24 Januari 2024 lalu, bertempat di Bilik Seminar SDEC USIM telah berlangsung dengan jayanya. Latihan ini bertindak sebagai landasan utama bagi peserta dalam meningkatkan kecekapan mereka dalam menghasilkan dashboard Power Bi yang dinamik.

Program ini memberi penekanan kepada aspek-aspek kritikal dalam pengurusan data, menyediakan peluang kepada peserta untuk mendalami kemahiran teknikal yang diperlukan dalam menganalisis dan memvisualisasikan data secara efektif menggunakan platform Power Bi.

Latihan ini dikendalikan oleh syarikat Analytque Sdn. Bhd., yang memberikan panduan terkini untuk memaksimumkan penggunaan platform tersebut dan mengukuhkan kemahiran peserta dalam menghasilkan dashboard yang strategik dan menarik.