23 JAN 2024 | Selamat Datang Delegasi UNIMAS ke USIM dalam Lawatan Penanda Aras Pelaksanaan dan Pembangunan Sistem Kewangan di USIM.

Delegasi diketuai oleh Ketua Pegawai Digital UNIMAS, Profesor Dr. Wan Hashim bin Wan Ibrahim, seramai 7 wakil UNIMAS yang terdiri daripada 4 wakil dari TAHODC ( Pusat IT) dan 3 wakil dari Jabatan Bendahari UNIMAS.

Sesi perkongsian dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Digital USIM iaitu Prof Madya Dr. Zalisham Jali bertempat di Bilik Mesyuarat Utama SDEC.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan perkongsian maklumat daripada pihak USIM mengenai teknologi yang digunakan dan amalan terbaik dalam pelaksanaan dan pembangunan Sistem Kewangan di USIM.

Semoga jalinan UNIMAS-USIM dapat terus erat demi manfaat seluruh masyarakat.