Mengambil inisiatif dan menzahirkan kepekaan serius dalam kepesatan teknologi yang pantas dan semakin pesat, buat julung kalinya Lensa Digital anjuran System Development and Engineering Centre (SDEC) diperkenalkan secara langsung untuk kali pertama menerusi medium USIM TV pada 21 Disember 2020.

Lensa Digital Siri 1 mengetengahkan tajuk “AGILE : Speed Up Your Digital Transformation Journey yang disampaikan oleh Puan Sharliza Mohd Haris, Head of Agile Transformation, Telekom Malaysia (TM). Lensa Digital pada kali ini turut menampilkan Prof. Madya Dr. Mohd Shahizan Othman, Chief Information Officer (CIO), UTM Digital sebagai penampilan khas bagi berkongsi pengalaman berkaitan pelaksanaan AGILE. Untuk makluman juga AGILE telah berjaya dilaksanakan di UTM Digital dan secara tidak langsung berjaya membantu mempercepatkan kitaran dan membangunkan sistem dengan kaedah AGILE.

Antara objektif pelaksanaan Lensa Digital pada kali ini ialah untuk bersama – sama berkongsi pengalaman dan teknologi terbaharu untuk dikongsikan bersama peneraju – peneraju ICT di agensi kerajaan mahu pun institusi pendidikan.

Diharapkan program-program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana disamping perkongsian ilmu dan teknologi terkini dapat juga berkongsi amalan-amalan terbaik di universiti masing-masing.

Tonton semula Lensa Digital Siri 1 di sini.

Disediakan oleh:

Mohd Fadzwan Bin Zakaria
Penolong Pendaftar
System Development and Engineering Centre (SDEC)
Universiti Sains Islam Malaysia
No.Tel : 06 – 798 6041 | Faks : 06 – 798 6050