27 Januari 2021, Lensa Digital Siri 2 mengetengahkan tajuk Excuse Me, Your Privacy Is Showing yang disampaikan oleh Encik Jazannul Azriq Aripin, Eksekutif Outreach Dan Komunikasi Korporat, CyberSecurity Malaysia.

Lensa Digital pada kali ini turut menampilkan Prof. Madya Ts. Dr. Madihah Mohd Saudi, Chief Information Officer (CIO) sebagai penampilan khas bagi berkongsi pendapat atau pengalaman.

Antara objektif pelaksanaan Lensa Digital pada kali ini ialah untuk bersama – sama berkongsi pendapat dan pengalaman berkaitan isu privasi dan keselamatan maklumat peribadi dalam kalangan pengguna ruang siber.

Selain itu, perkongsian ini juga memberi pendedahan tentang kesan yang positif dari segi penggunaan ruang siber dengan cara yang betul untuk pengetahuan dan manfaat dalam kalangan kakitangan USIM.

Diharapkan program-program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana disamping perkongsian ilmu dan teknologi terkini dapat juga berkongsi amalan-amalan terbaik di universiti masing-masing.

Tonton semula Lensa Digital Siri 2 di sini.

Disediakan oleh:

Nuradilah Binti Azman
Pembantu Tadbir
System Development and Engineering Centre (SDEC)
Universiti Sains Islam Malaysia
No.Tel : 06 – 798 6042 | Faks : 06 – 798 6050