29 Disember 2021 – Majlis Anugerah SDEC (MASDEC) Tahun 2020 telah diadakan secara talian yang melibatkan seramai 81 orang staf yang terdiri daripada warga SDEC. Penganjuran masjlis ini merupakan julung kali diadakan dengan penganugerahan kepada staf yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang pada tahun 2020.

Majlis ini merupakan anjuran badan kebajikan Famili SDEC (FasDEC) dengan kerjasama Unit Pentadbiran, Penjanaan & Kewangan, Bahagian Governan dan Strategik, SDEC.

Antara anugerah yang telah dipertandingkan adalah seperti perincian berikut :

  • Anugerah Khas Pengarah SDEC
  • Anugerah Pentadbir Cemerlang SDEC
  • Anugerah Pentadbir Harapan SDEC
  • Anugerah Pentadbir Inovatif & Kreatif SDEC
  • Anugerah Pelaksana Cemerlang SDEC
  • Anugerah Pelaksana Harapan SDEC
  • Anugerah Pelaksana Inovatif & Kreatif SDEC
  • Anugerah Staf Khidmat Komuniti SDEC
  • Anugerah Staf Proaktif SDEC
  • Anugerah Projek Terbaik SDEC
  • Anugerah Projek Khas SDEC

Disamping itu pada majlis kali ini juga telah memperkenalkan Ikon SDEC yang terdiri daripada Ikon Goals, Ikon M365, Ikon Mobile Apps, Ikon Personal Computer, Ikon PHP, Ikon Virtual Conference, dan juga Ikon WIFI.

Sehubungan itu diharapkan dengan penganjuran majlis ini dapat memberikan suntikan semangat kepada penerima anugerah dan secara tidak langsung mewujudkan budaya kerja yang sihat dalam kalangan warga SDEC.

Anugerah MASDEC 2020

Ikon SDEC 2020