Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan TM Technology Services Sdn Bhd (TM One) telah diadakan pada 6 Mac 2023 (Isnin) jam 2.30 petang di Menara TM, Kuala Lumpur. Objektif MoU ini adalah bertujuan untuk memperkasakan agenda transformasi digital universiti.

Inisiatif ini juga selari dengan saranan YB Menteri Pendidikan Tinggi dalam Perutusan Tahun Baharu 2023 baru-baru ini untuk memperkasakan pelan pendigitalan di peringkat universiti serta agenda ‘Smart University Blueprint’ (Al-Jamiah Al-Mubarakah) USIM dan Pelan Strategik ICT (ISP) RMK-12 pada 28 Mei 2021 lalu.

Kerjasama USIM – TM One ini memfokuskan kepada Cloud and Data Management (Big data), Enterprise Architecture, Cybersecurity, Smart Services dan Mobility.

#USIMMoU
#sdecusim