12 Disember 2024, SDEC USIM telah menganjurkan Majlis Penghargaan dan Terima Kasih bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2, SDEC. Majlis ini bertujuan meraikan mereka yang telah memberi khidmat cemerlang kepada SDEC dan USIM.
Penghargaan khusus diberikan kepada:
🌟 YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Zalisham Jali, Ketua Pegawai Digital USIM, atas dedikasi yang tinggi sepanjang melaksanakan tugas sebagai Ketua Pegawai Digital USIM dari Januari 2023 hingga Disember 2024.

🌟 Puan Noreffyzan Izziaty binti Samran, Puan Hazirah binti Kamarudzaman, dan Cik Siti Hajarul binti Kasdi, atas komitmen dan jasa bakti mereka semasa berkhidmat di SDEC.

Majlis ini juga menjadi wadah untuk menyemai kenangan indah dan menghargai budi yang tidak ternilai. Semoga jasa mereka terus dikenang sepanjang zaman.