2 Disember 2024, bertempat di Dewan Senat, Aras 3, Bangunan Canselori USIM, Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Penghargaan Jawatan Khas Pentadbiran USIM bagi sesi 2025/2026 telah berlangsung dengan penuh gemilang.
Tahniah diucapkan kepada Ts. Mohd Saiful Abdul Samad, atas penyambungan pelantikan sebagai Pengarah Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan, yang akan memegang amanah ini mulai 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2026.
Semoga pelantikan ini menjadi pencetus kepada kejayaan dan inovasi yang lebih cemerlang untuk USIM.
Terima kasih dan jutaan penghargaan kepada Prof. Madya Dr. Mohd Zalisham Jali di atas sumbangan dan jasa-jasa sepanjang berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Digital (CDO).

