Mengambil inisiatif dan menzahirkan kepekaan serius dalam Amanat 2020 Naib Canselor pada 21 Februari 2020, Pengurusan SDEC, Universiti Sains Islam Malaysia memulakan langkah dengan menjemput sendiri YBhg Naib Canselor USIM untuk menyampaikan sendiri harapan dan amanat beliau kepada staf di SDEC dalam usaha menyediakan roadmap USIM sebagai Universiti Glokal.

Program yang menghimpunkan semua staf di SDEC ini merupakan penganjuran julung kalinya bagi membolehkan staf di SDEC berjumpa dan bertentang mata sendiri dengan Ybhg Naib Canselor USIM untuk menyuarakan pandangan atau pendapat disamping menguatkan lagi ukhuwah dalam kalangan staf di SDEC.

Antara objektif program ialah memberi ruang kepada Staf di SDEC sendiri untuk berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat demi kebaikan USIM khususnya di SDEC sendiri.

Selain itu, objektif program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada staf yang tidak dapat menghadirkan diri di sesi amanat yang lepas untuk mendengan sendiri harapan YBhg Naib Canselor kepada staf di SDEC.

Antara intipati ucapan YBhg Naib Canselor meminta sekurang – kurangnya 20% dapat disumbangkakan untuk memperoleh kejayaan 80%. Beliau juga meminta supaya setiap perbuatan itu dimulakan dengan niat supaya  konsep work smart from heart tercapai.

Diharapkan program-program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana disamping perkongsian ilmu, jalinan hubungan kerjasama turut wujud dikalangan Pengurusan USIM dengan staf di SDEC secara tidak langsung.

 

 

Disediakan oleh:

Mohd Fadzwan Bin Zakaria