Majlis Sambutan Hari Akademia Peringkat USIM 2024 yang berlangsung pada 4 Oktober 2024 di Dewan Kuliah Sederhana 1.3, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, telah berjalan dengan lancar dan penuh kemeriahan. Majlis yang telah dirasmikan oleh Dato’ Naib Canselor USIM dengan tujuan memperkukuhkan peranan akademik dalam memacu kecemerlangan universiti.
Tahniah diucapkan kepada pasukan teknikal dari Seksyen Multimedia dan Seksyen Teknikal e-Pembelajaran atas dedikasi dan komitmen yang cemerlang dalam memastikan kelancaran Majlis Sambutan Hari Akademia Peringkat USIM 2024. Usaha gigih anda semua telah menjadikan majlis ini berjaya dan berjalan dengan lancar. Syabas dan teruskan kecemerlangan!