Program Transformasi & Kecemerlangan Staf ICT Universiti Awam (UA) Malaysia 2024 telah berlangsung dengan penuh jayanya di Stesen Penyelidikan Alami Marin UMT, Pulau Bidong dari 11 hingga 13 Jun 2024. Seramai 45 peserta dari kalangan staf IT Universiti Awam menyertai program ini dengan matlamat meningkatkan kecemerlangan, memperkukuhkan kolaborasi industri ICT, serta memperkasa kepimpinan dan kemahiran teknikal.

Tahniah diucapkan kepada 2 staf IT yang mewakili SDEC, USIM pada tahun ini:
➡ Ts. Mohd Firdaus Amran (Pegawai Teknologi Maklumat)
➡ Siti Nurul Ain Rosmadi (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat)
Sekalung tahniah juga kepada PED – Pusat Ekosistem Digital UMT yang telah berjaya menganjurkan menganjurkan Program Transformasi dan Kecemerlangan ICT UA pada kali ini.

Mari bersama-sama menerajui era digital yang lebih progresif! 💻✨