Pengenalan penggunaan teknologi Lightboard dan teknologi Green Screen di Digital Creative Studio SDEC untuk tugasan pelajar bagi kursus Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama.

Para pelajar dibimbing oleh staf-staf SDEC dari Unit Multimedia, Bahagian Perkhidmatan Digital berkaitan teknologi terkini dan diberi tugasan untuk membuat rakaman ringkas menggunakan teknologi tersebut. Disamping itu juga, para pelajar didedahkan dengan suntingan asas menggunakan perisian Adobe Premier Pro CC 2023.