15 Ogos 2022, staf-staf SDEC berpeluang mengikuti Program Kampus Barakah 2022 yang bertempat di Pusat Islam USIM. Program yang sangat bermanfaat ini  dapat memberikan kefahaman terhadap kepentingan penghayatan Nilai lslami dalam pembentukan jati diri dan prinsip asas sebagai warga Universiti Sains Islam Malaysia.
Program yang julung kali diadakan ini dianjurkan oleh Seksyen Latihan dan Pembangunan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar dengan kerjasama Pusat Islam. Semoga program seperti ini diteruskan lagi pada masa akan datang.