Dipermulaan tahun 2024 telah berlangsung aktiviti migrasi server pangkalan data utama Sistem Maklumat Universiti (SMU) dan kemuncaknya berlaku pada 12 hingga 15 Januari 2024. Proses migrasi server ini dilaksanakan oleh Bahagian Infrastruktur ICT SDEC melalui Seksyen Pengurusan Server dan Keselamatan Siber (SSKS) dan Seksyen Pengurusan Data (SPD).

Aktiviti migrasi selama 4 hari ini juga melibatkan pengujian sistem oleh pihak pemilik dan pengguna sistem aplikasi daripada pelbagai pusat tanggungjawab (PTj) USIM yang dikawal selia oleh Bahagian Aplikasi Akademik dan Portal (BAAP) dan Bahagian Aplikasi Korporat dan Kewangan (BAKK) SDEC.

Pihak SDEC mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam proses migrasi termasuklah pemilik sistem dan pihak vendor. Tahniah juga kepada semua staf SDEC yang menjayakan aktiviti migrasi ini.

Semoga usaha ini dapat menjamin perkhidmatan ICT yang terbaik kepada seluruh Warga USIM.