Tahniah diucapkan kepada Cik Nur Izzah Akmal Binti Mohd Restu dari Politeknik Mersing, Johor yang berjaya membentangkan hasil aktiviti sepanjang latihan industri beliau. Cik Nur Izzah menjalani latihan industri di Bahagian Infrastruktur ICT (Seksyen Pengurusan Server dan Keselamatan Siber) selama 5 bulan 3 minggu bermula 30 Januari hingga 16 Jun 2023.

“Kelebihan yang saya dapat selama menjalani latihan industri di SDEC ini adalah pengetahuan mendalam tentang Server Administration, Basic of Information Security and Network. Selain itu juga banyak kerja yang diberi secara hands on dan praktikal, yang memberi saya pengalaman yang agak bagus dan bermakna yang susah untuk didapati di universiti dan di luar. Saya juga dapat merasa persekitaran kerja yang sebenar.” – Nur Izzah.

Mewakili pihak SDEC mengucapkan selamat maju jaya dan bersedia menghadapi cabaran pekerjaan yang sebenar selepas tamat pengajian nanti.