Sistem Maklumat Akademik V2 Fasa 1

Sistem Maklumat Akademik V2 Fasa 1 merupakan sistem yang terlibat dalam keperluan naik taraf sistem. Satu sesi penyerahan sistem telah dilaksanakan kepada Pusat Pengurusan Akademik selaku pemilik sistem pada 19 Disember 2024 di Mesyuarat Jawatankuasa Projek SMILES Bil 2/2024 bertempat di Dewan Senat Aras 3, Bangunan Canselori.

Sistem ini telah dibangunkan secara dalaman (in-house) melalui staf teknikal di Bahagian Aplikasi Akademik dan Portal, SDEC yang melibatkan 2 fasa pembangunan sistem. Sistem Maklumat Akademik V2 bagi Fasa 1 yang melibatkan 22 modul ini telah digunakan secara berperingkat bermula 26 Jun 2023 sehingga 1 Februari 2024. Salah satu modul iaitu Portal iStudent versi baharu telah menerima Anugerah Kreativiti dan Inovasi pada Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi USIM pada 13 Ogos 2024.

Kembali