Penyerahan Sistem Jaringan Industri dan Masyarakat (e-JIM)

Penyerahan Sistem e-JIM (Sistem Jaringan Industri dan Masyarakat) telah diserahkan kepada Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri selaku pemilik sistem pada 9 Disember 2024 di Mesyuarat Jawatankuasa Projek PRIMES Bil 2/2024 bertempat di Bilik Mesyuarat LPU Aras 5, Bangunan Canselori. Simbolik penyerahan sistem ini adalah dengan penyerahan sijil kepada pemilik sistem.

Sesi penyerahan ini disaksikan bersama ahli mesyuarat Jawatankuasa Projek PRIMES. Sistem e-JIM telah digunakan bermula pada 1 Disember 2023. Sistem ini dibangunkan oleh Pasukan Pembangun Sistem dari Bahagian Aplikasi Akademik dan Portal, SDEC secara dalaman.

Kembali