Penyerahan Sistem ePrestasi Baharu (Akademik)

Pada 16 Disember 2024 (Isnin) di Mesyuarat Jawatankuasa Projek THEMES Bilangan 2/2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Pendaftar Aras 2 Bangunan Canselori telah berlangsungnya sesi penyerahan sijil bagi Penyerahan Sistem ePrestasi versi Baharu skop staf Akademik kepada Jabatan Pendaftar selaku pemilik sistem.
Sistem ini merupakan salah satu sistem yang terlibat dalam keperluan naik taraf sistem bagi menggantikan sistem lama. Sistem ini telah dibangunkan secara dalaman melalui staf teknikal di Unit Aplikasi Korporat, Bahagian Aplikasi Korporat dan Kewangan SDEC yang melibatkan 2 fasa pembangunan sistem. Fasa pertama melibatkan skim DS, DU dan DUG yang mula menggunakan sistem ini pada Mac 2024 (Go-live kali pertama) dan fasa kedua bermula Februari 2025 skim DG akan turut menggunakan sistem ini bagi tujuan penilaian prestasi.