Penyerahan Sistem eQalam versi Baharu

Pada 9 Disember 2024 di Mesyuarat Jawatankuasa Projek PRIMES bil 2/2024 bertempat di Bilik Mesyuarat LPU Aras 5, Bangunan Canselori telah berlangsungnya sesi penyerahan sijil bagi Penyerahan Sistem eQalam versi Baharu kepada Pusat Penerbit selaku pemilik sistem.
Sistem ini merupakan salah satu sistem yang terlibat dalam keperluan naik taraf sistem. Sistem ini telah dibangunkan secara dalaman melalui staf teknikal di Bahagian Aplikasi Akademik dan Portal, SDEC. Sistem ini telah digunakan bermula 18 September 2024.