Modul Integrated Outcome-Based Education (iOBE)

Satu sesi penyerahan sistem kepada Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran selaku pemilik Modul Integrated Outcome-Based Education (iOBE) telah dilaksanakan pada 19 Disember 2024 di Mesyuarat Jawatankuasa Projek SMILES Bil 2/2024 bertempat di Dewan Senat Aras 3, Bangunan Canselori. Modul ini adalah modul naiktaraf yang merupakan inovasi untuk pelaporan analisis Hasil Pembelajaran Kursus (CLO) dan Hasil Pembelajaran Program (PLO). Modul ini mempunyai integrasi dengan Modul Kemasukan Markah yang merupakan salah satu modul di dalam Sistem Maklumat Akademik V2 yang digunakan oleh pensyarah USIM untuk merekodkan markah peperiksaan bagi setiap kursus yang diambil oleh semua pelajar USIM. Modul iOBE ini dibangunkan secara dalaman (in-house) melalui staf teknikal di Bahagian Aplikasi Akademik dan Portal, SDEC dan telah digunakan mulai 7 Disember 2023.
Modul iOBE ini juga telah menerima penarafan EMAS dan Tempat Ketiga di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Universiti Awam Kali ke-17 Tahun 2024 yang bertempat di UMPSA Kampus Gambang pada 7 dan 8 Ogos 2024. Selain itu, Modul iOBE ini juga menerima penarafan PERAK di Hari Inovasi @KPT 2024 yang berlangsung di Kementerian Pendidikan Tinggi pada 23 dan 24 Oktober 2024