Penyerahan Sistem Mobile Fine Payment

Penyerahan Sistem Mobile Fine Payment kepada Jabatan Bendahari selaku pemilik sistem telah diadakan di Mesyuarat Jawatankuasa Projek FAMES Bil 2/2024 pada 2 Disember 2024 di Bilik Mesyuarat Bendahari, Jabatan Bendahari Aras 4 Bangunan Canselori. Simbolik penyerahan sistem ini adalah dengan penyerahan sijil kepada Jabatan Bendahari.

Sesi penyerahan ini disaksikan bersama ahli mesyuarat Jawatankuasa Projek FAMES. Sistem Mobile Fine Payment telah go-live pada 23 November 2023. Sistem ini dibangunkan oleh Pasukan Pembangun Sistem dari Unit Aplikasi Kewangan, Bahagian Aplikasi Korporat dan Kewangan, SDEC secara dalaman (in-house).

Kembali