Satu sesi perbincangan telah diaturkan oleh Seksyen Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendaftar bersama pihak SDEC mengenai penggunaan Sistem i-Kaunseling untuk keperluan Jabatan Pendaftar pada tarikh 8 Mei 2024 (Rabu) di Bilik Mesyuarat Utama SDEC, Aras 2, Bangunan Pusat Teknologi Maklumat.
Dalam perbincangan ini, telah diputuskan untuk menyelaraskan aktiviti tambahbaik sistem bagi kegunaan Seksyen Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendaftar. Sesi tersebut dipengerusikan oleh Pengarah SDEC dan dihadiri oleh wakil-wakil dari Seksyen Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendaftar, Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Pusat Hal Ehwal Pelajar, serta wakil teknikal dari Bahagian Aplikasi Akademik dan Portal, SDEC, dan Bahagian Aplikasi Korporat dan Kewangan, SDEC.
