3 September 2025 – Lokasi kali ini merupakan Fakulti Ekonomi dan Muamalat. Pertemuan ini menjadi platform penting untuk berkongsi maklumat terkini mengenai projek-projek pendigitalan di USIM serta membincangkan strategi pelaksanaan di peringkat fakulti.
Maklum balas yang diterima daripada pihak fakulti amat bernilai dalam memperkukuh perkhidmatan ICT agar lebih responsif dan relevan.
Penglibatan aktif FPQS dan FST membuktikan sokongan berterusan terhadap usaha menjadikan USIM sebagai universiti digital yang berdaya saing menjelang 2030.

