6hb Februari 2024 – Bahagian Perkhidmatan Digital, Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC) telah mengadakan program sumbangan komputer bertempat di SMA Haji Mohd Yatim, Kota, Negeri Sembilan.
Program ini telah dihadiri oleh Pengetua SMA Haji Mohd Yatim, Ustaz Mohd Hapizi bin Mohd Ali, Puan Hafazah, Guru Penolong Kanan 1 dan Puan Nurhazreen.
Diharapkan sumbangan komputer ini dapat memanfaatkan seluruh warga sekolah dari sudut pembelajaran serta pengoperasian. Program ini juga diharapkan dapat mengeratkan ukhuwah USIM dengan komuniti di sekitar Negeri Sembilan.
Program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) di SMA Haji Mohd Yatim ini adalah kali ke-17 sejak tahun 2013 dan menjadi antara program tahunan bagi SDEC, USIM.