5 hb Februari 2024 – Bahagian Perkhidmatan Digital, Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC) dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CeTL) telah menganjurkan sesi Bengkel Perkongsian Amalan Terbaik e-Pembelajaran Universiti Awam dan Swasta bertempat di Bilik Seminar Perpustakaan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sempena Mesyuarat MEIPTA Bil.1/2024.

Bengkel ini telah dihadiri oleh para pengendali sistem e-Pembelajaran yang terdiri daripada staf pengurusan, teknikal serta sokongan dengan jumlah penyertaan seramai 40 orang.

Terdapat 4 sesi perkongsian teknikal dengan 7 pembentang dari kalangan Universiti Awam serta 1 pembentangan khas dari pembekal perkhidmatan telah mengisi slot di sepanjang bengkel yang dijalankan bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang.

Topik utama yang dipilih bagi bengkel ini adalah berkenaan ‘Dashboard’ Pelaporan Status Kursus serta Integrasi Moodle-Sistem Maklumat Universiti.

Para peserta juga dapat memanfaatkan pertemuan langsung melalui bengkel ini bagi mengukuhkan silaturrahim dan jalinan kerjasama terutamanya dalam aktiviti melibatkan sistem serta pembangunan infrastruktur e-pembelajaran.