Persidangan ICT FOR UNIVERSITY 2024 (ICT4U 2.0) yang berlangsung di ParkRoyal Penang Resort pada 18-19 September 2024, menghimpunkan wakil-wakil dari pelbagai universiti di seluruh Malaysia.
SDEC turut terlibat secara langsung sebagai pembentang dalam persidangan ini. Ts. Yussavialina Hamdan (Ketua Bahagian Aplikasi Korporat dan Kewangan) telah membentangkan tajuk “Transformasi Digital Dalam Pengoperasian Klinikal Di Universiti Awam: Pengalaman USIM”,
dengan memberi tumpuan kepada cabaran pengalaman menghadapi dilema storan awan di universiti dan langkah-langkah yang diambil dalam mengatasinya.
Persidangan ini turut menampilkan keynote speakers terkemuka, termasuk Ts. Dr. Fazidah Abu Bakar (Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara), Prof. Dato’ Ir. Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan (Monash University Malaysia), dan Prof. Dr. Jun Murai (Keio University, Jepun).
Dengan topik meliputi Kecerdasan Buatan (AI), Metaverse, Keselamatan ICT, dan Teknologi Kampus Pintar, ICT4U 2.0 menjadi medan perbincangan penting untuk universiti-universiti di Malaysia meneroka dan berkongsi strategi dalam merealisasikan transformasi digital dalam institusi pendidikan yang berkesan dan lestari.

