Majlis Anugerah SDEC (MASDEC) Tahun 2021 telah berlangsung di Nilai Springs Resort Hotel pada 9 Mac 2023 yang lalu bertemakan “Kembali ke Sekolah”. Majlis ini merupakan anjuran badan kebajikan Famili SDEC (FasDEC) dengan kerjasama Seksyen Pentadbiran, Bahagian Governan dan Strategik, SDEC.

Penganjuran masjlis ini merupakan satu penghargaan kepada staf SDEC dan juga penganugerahan kepada staf yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang pada tahun 2021.

Antara anugerah yang telah dipertandingkan adalah seperti perincian berikut :

  • Anugerah Pentadbir Cemerlang SDEC
  • Anugerah Pentadbir Harapan SDEC
  • Anugerah Pentadbir Inovatif & Kreatif SDEC
  • Anugerah Pelaksana Cemerlang SDEC
  • Anugerah Pelaksana Harapan SDEC
  • Anugerah Pelaksana Inovatif & Kreatif SDEC
  • Anugerah Staf Khidmat Komuniti SDEC
  • Anugerah Staf Proaktif SDEC
  • Anugerah Projek Terbaik SDEC
  • Anugerah Projek Khas SDEC

Sehubungan itu diharapkan dengan penganjuran majlis ini dapat memberikan suntikan semangat kepada penerima anugerah dan secara tidak langsung mewujudkan budaya kerja yang sihat dalam kalangan warga SDEC.