8 Januari 2025 – Ketua Pegawai Digital (CDO) USIM bersama Pasukan Taskforce HPC@USIM yang terdiri daripada Pensyarah Fakulti Sains Teknologi USIM dan wakil teknikal daripada pihak SDEC telah membuat kunjungan bertempat di Jabatan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya.
Kunjungan ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan Amalan Terbaik dalam pengurusan dan perkhidmatan HPC serta teknologi yang digunakan di HPC@UM. Moga pendedahan HPC dapat memberi inspirasi kepada pihak USIM untuk menjayakan projek HPC@ USIM bagi tujuan penyelidikan.