Sesi lawatan Y.Bhg Naib Canselor USIM, Professor Dato’ Dr. Sharifudin Md Shaarani ke Immersive Learning Space di bangunan Jabatan Perpustakaan, SDEC, FEM dan Bahagian Pengajian Siswazah. Naib Canselor melihat ruang dan infrastruktur canggih dan terkini yang mendokong teknologi pembelajaran yang lebih imersif.
Library Interactive Learning Space, Digital Creative Studio, Investment Lab, Simulasi Bank dan Postgraduate Interactive Learning Space merupakan lima daripada 10 Immersive Learning Space yang dibangunkan oleh pihak SDEC dengan kerjasama JPPF dan fakulti pada tahun 2022 melalui peruntukan RMK-11.