Sistem Maklumat Pengurusan Akademik Pascasiswazah
(Al-Ulyaa)

Sistem Al-Ulyaa iaitu Sistem Pengurusan Maklumat Akademik Pelajar Pascasiswazah merupakan sistem yang dinaiktaraf dan telah mula digunakan pada 3 Jun 2025. Sistem ini dikendalikan oleh Pusat Pengurusan Akademik selaku pemilik. Sistem ini berfungsi sebagai sistem pengurusan maklumat akademik pelajar yang merangkumi rekod profil pelajar, pendaftaran kursus, jadual waktu kuliah, pengurusan peperiksaan, pengurusan viva sehingga proses graduasi. Sistem ini juga memastikan setiap rekod pelajar dikendalikan secara tersusun dan teratur, bagi menyokong pengurusan akademik yang berkesan.
Sistem ini dibangunkan secara dalaman oleh Bahagian Aplikasi Akademik dan Portal SDEC, bertujuan menaiktaraf sistem serta meningkatkan keberkesanan pengurusan maklumat akademik pelajar pascasiswazah. Dengan penyerahan ini, diharapkan Sistem Al-Ulyaa dapat mempermudah proses pengurusan maklumat akademik, mempercepatkan penjanaan laporan, dan menyokong pengambilan keputusan strategik dengan lebih berkesan, sekaligus menyumbang kepada operasi akademik yang lebih efisien dan teratur.
Pada 18 Disember 2025, semasa Mesyuarat Jawatankuasa Projek SMILES Bil. 2/2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Perpustakaan, Aras 4, telah berlangsung sesi penyerahan rasmi Sistem Al-Ulyaa – Sistem Maklumat Pengurusan Akademik Pascasiswazah kepada Pusat Pengurusan Akademik.