Sistem Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar
(myTaswiit)

Sistem myTaswiit iaitu Sistem Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (eUNDI) merupakan sistem yang telah dinaik taraf bagi menyokong pelaksanaan proses pilihan raya kampus secara lebih sistematik, telus dan efisien. Sistem ini mula digunakan pada 15 Oktober 2025 dan seterusnya digunakan secara rasmi dalam pelaksanaan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar pada 6 November 2025. Sistem ini dikendalikan oleh Pusat Hal Ehwal Pelajar selaku pemilik sistem, manakala Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) bertindak sebagai pentadbir sistem yang bertanggungjawab mengurus serta melaksanakan operasi pilihan raya kampus. Sistem ini dibangunkan oleh Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC) bagi memastikan sistem ini beroperasi secara stabil, selamat dan berkesan.
Pelaksanaan sistem myTaswiit ini telah memberikan impak positif terhadap tahap penglibatan pelajar apabila berjaya merekodkan kadar keluar mengundi sebanyak 96.97% pada tahun 2025. Pencapaian ini mencerminkan keberkesanan pemanfaatan teknologi digital dalam memperkukuh tadbir urus pilihan raya kampus, di samping menyokong agenda pendigitalan perkhidmatan universiti serta meningkatkan penyertaan pelajar secara lebih inklusif dalam proses demokrasi di peringkat universiti.
Pada 5 Disember 2025, semasa Mesyuarat Jawatankuasa Projek VOICES Bil. 2/2025 bertempat di Dewan Senat, Canselori telah berlangsung sesi penyerahan rasmi Sistem myTaswiit kepada Pusat Hal Ehwal Pelajar.