Sistem Semakan Tawaran dan Pendaftaran Pelajar Baru
(eTasjil V2)

Pada 18 Disember 2025, semasa Mesyuarat Jawatankuasa Projek SMILES Bil. 2/2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Perpustakaan, Aras 4, telah berlangsung sesi penyerahan Sistem eTasjil V2 kepada Pusat Pengurusan Akademik selaku pemilik sistem.
Sistem ini dinaiktaraf untuk memudahkan pelajar membuat semakan tawaran dan pengesahan penerimaan tawaran bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana Muda. Sistem ini juga mempunyai tambahan skop dimana pelajar Tamhidi dibenarkan untuk membuat pemilihan program pengajian bagi menyambung pengajian ke Sarjana Muda. Sistem ini juga digunakan untuk proses pendaftaran pelajar baru Sarjana Muda. Sistem ini dibangunkan secara dalaman oleh Bahagian Aplikasi Akademik dan Portal SDEC dan mula digunakan pada Februari – September 2025. Dengan penyerahan ini, diharapkan sistem ini dapat meningkatkan keberkesanan proses semakan tawaran kemasukan, memudahkan urusan pendaftaran pelajar baru dan menyokong pengurusan akademik yang lebih teratur dan efisien.