Pengenalan penggunaan teknologi Lightboard untuk tugasan pelajar bagi kursus Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama.

Para pelajar dibimbing oleh staf SDEC cara rakaman menggunakan teknologi lightboard dan diberi tugasan untuk membuat rakaman ringkas menggunakan teknologi tersebut. Disamping itu juga, para pelajar didedahkan dengan suntingan asas menggunakan perisian Adobe Premier Pro CC 2023.

Untuk pengetahuan anda, Lightboard merupakan satu metode rakaman yang membolehkan penyampai menulis atau melukis sambil mengekalkan hubungan mata (eye contact) untuk menyampaikan mesej mereka dengan cara yang semula jadi dan menarik.