USIM E-LEARNING ROADSHOW 2019 telah dijayakan bermula 20 sehingga 27 September 2019 bertempat di Kampus USIM. Kemeriahan dapat dirasakan apabila pasukan promosi telah menjelajah ke segenap fakulti untuk mempromosikan produk-produk e-learning kepada warga USIM. Di antara produk yang dipromosikan adalah GOALS, USIM MOOC, WEB 2.0, Microsof Office 360, USIM Mobile  Apps, SWIVL, Virtual Reality dan sebagainya.

Objektif utama program ini adalah bagi memperkenalkan dan mempergiatkan pengguna produk e-learning kepada warga USIM. Pembudayaan e-learning  dalam kehidupan dikampus amatlah digalakkan sebagai tanda sokongan terhadap Revolusi Industri 4.0.

Pelbagai pengisian telah diatur sepanjang  program tersebut untuk menarik minat pengunjung. Diantara aktiviti menarik yang telah diadakan adalah seperti Virtual Reality Simulation, E-Learning Talk, Kahoot Game, IG Contest dan tidak lupa juga pameran sistem serta kaunter pertanyaan dibuka untuk kemudahan pengunjung.

Dengan bertemakan Virtual Reality Experience pada tahun ini, sebanyak 7 buah Virtual Reality Headset telah disediakan untuk menjadi rebutan para pengunjung yang memenangi peraduan yang telah dijalankan sepanjang program. Pihak penganjur juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan maskot e-learning USIM (E-Hoopie) iaitu seekor burung Hud-Hud yang kisahnya disebut di dalam Al-Quran untuk kita semua mengambil pengajarannya.

Maskot e-learning USIM (E-Hoopie)