Pelancaran USIM Podcast telah disempurnakan oleh Naib Canselor, Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani pada 13 Oktober 2022 di Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP 3) bersempena dengan Majlis Naratif Naib Canselor USIM.

USIM merupakan universiti awam yang pertama mewujudkan saluran podcast untuk komuniti yang menggunakan platform spotify sebagai host.
 
Hasil penyelidikan, penerbitan dan promosi berkaitan USIM akan disampaikan menerusi siri audio digital melalui 6 teras di dalam USIM podcast iaitu INAQ@USIM, Study@USIM, Our Research & Innovation, Journals & Books, USIM Engaged dan Inspiring Alumni.

Dengari semuanya di Podcast USIM.