Untuk makluman semua pelajar program Sarjana Muda yang berstatus aktif, pihak GOAL-ITQAN telah menyediakan satu platform baru untuk pelajar mendapatkan info terkini melalui aplikasi USIM MOBILE. Sehubungan itu, pelajar boleh memuat turun aplikasi USIM MOBILE ke telefon bimbit masing-masing.

USIM MOBILE boleh dicapai melalui https://usimmobile.usim.edu.my . Panduan pemasangan boleh didapati melalui manual yang disediakan di dalam url tersebut. Turut disediakan video tutorial yang boleh dilayari di https://vimeo.com/352009524.

Sebarang permasalahan berkaitan pemasangan aplikasi ini boleh diajukan kepada Unit Pengurusan Portal dan Aplikasi Mobil, Bahagian Infostruktur, GOAL-ITQAN di talian 06-7986072 atau melalui sistem myARIFS.