7 mac 2023, University Social Responsibility SDEC menyerahkan sumbangan 10 unit komputer kepada SMK Taman Semarak, Nilai yang diwakili oleh Penolong Kanan Pentadbiran, En. Roslan dan Ketua Bidang Teknik Vokasional, Tn. Hj Asri bagi kegunaan murid aliran Sains Komputer dan Asas Sains Komputer. Usaha ini telah dijayakan oleh Unit Khidmat Pengguna (UKP), SDEC.

Semoga dengan sumbangan ini dapat meningkatkan kecemerlangan murid dan pihak sekolah dalam pelaksanaan pembelajaran serta diharapkan dapat terus mengekalkan hubungan baik dengan pihak sekolah. Sekalung penghargaan juga kepada mantan ketua UKP, En. Nasir Abdul Halim yang turut sama menjayakan usaha ini.

#sdecusim
#USRSDEC