24 Jun 2022 (Jumaat), telah berlangsung Majlis Serahan Komputer kepada Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan yang merupakan sekolah angkat USIM dengan kerjasama antara Pusat Alumni dan Kerjaya USIM bersama Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC) bertempat di Executive Lounge, Canselori. Simbolik penyerahan disempurnakan oleh Prof. Dr. Adnan (TNCHEPA USIM) kepada Pengetua SMAP Labu disaksikan oleh Pengarah SDEC dan YDP PIBM SMAP Labu.

Sumbangan komputer ini bagi membantu pihak sekolah menambah kemudahan teknologi yang sedia ada. Majlis ini juga merupakan program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR), USIM kepada komuniti setempat.

Terima kasih Pusat Alumni USIM di atas penganjuran bersama majlis ini.

#usrusim
#sdecusim
#pusatalumnidankerjayausim
#universitisocialresponsibility