Program Bowling Piala Pengarah SDEC 2026 telah berlangsung dengan meriah pada 14 Ogos 2026 bertempat di The Bowlers @ MesaMall.

Program yang menghimpunkan warga SDEC dan ahli keluarga ini berlangsung dalam suasana santai, ceria dan penuh semangat kesukanan. Selain menjadi medan untuk mencungkil bakat serta persaingan secara sihat, program ini turut memberi peluang kepada warga SDEC untuk meluangkan masa bersama, mengeratkan silaturahim dan memperkukuh semangat berpasukan.

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan, para peserta turut digalakkan mengenakan pakaian dan aksesori bertemakan kemerdekaan, sekali gus menambahkan lagi kemeriahan dan semangat patriotik sepanjang program berlangsung.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian serta menjayakan Bowling Piala Pengarah SDEC 2026. Semoga program sebegini dapat terus menjadi platform untuk mempererat hubungan dan mewujudkan suasana kerja yang lebih harmoni dalam kalangan warga SDEC.