Audit Pemantauan SIRIM Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat ISO/IEC 27001:2013 (ISMS) telah berlangsung pada 13 Mei sehingga 15 Mei 2024 yang lalu.
Audit Pemantauan ini melibatkan 9 Pusat Tanggungjawab dan Auditor dari SIRIM.
Terima kasih auditor SIRIM di atas sesi audit yang terperinci selama 3 hari di USIM.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada CQA – urusetia, semua PTj yang terlibat dan seluruh warga SDEC termasuk sokongan dari pengurusan tertinggi USIM yang menjayakan Audit Pemantauan ISMS oleh pihak SIRIM pada kali ini.
