BENGKEL PEMBANGUNAN KURSUS MOOC USIM SIRI II telah diadakan pada 4 sehingga 6 Oktober 2019 bertempat di D’Gateway Perdana Hotel Bangi. Seramai 22 orang peserta terdiri daripada pensyarah dari 4 kumpulan MOOC USIM 2019 dan urusetia telah menghadiri bengkel tersebut.

Objektif utama bengkel ini adalah bagi memastikan setiap kumpulan dapat melengkapkan kursus MOOC USIM 2019 dan mencapai sekurang-kurangnya 80% kemajuan pembangunan.

Pembangunan kursus MOOC USIM telah berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan. Namun, pengemaskinian dan penambahbaikan masih perlu dilakukan oleh setiap kumpulan bagi memastikan kursus yang dibangunkan mengikut garis panduan Buku Amalan Kualiti MOOC Malaysia yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bil Fakulti Kursus Peratus Pembangunan Kandungan
1. Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan Basic Communication And Clinical Skills I 100
2. Kolej Genius Insan Mathematics In Quran 100
3. Fakulti Pengajian Bahasa Utama Hadeeqa El Arabiyya 93
4. Fakulti Sains Teknologi Food Quality Assurance 75

Kursus MOOC USIM 2019 kan mula dibuka kepada pelajar pada Januari 2019 melalui pautan mooc.usim.edu.my.