SDEC USIM mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi, atas kesudian melawat Booth SDEC sempena lawatan kerjanya ke USIM hari ini. Booth SDEC mempamerkan Immersive Learning Space, salah satu inisiatif dalam USIM Smart University Blueprint (2018-2025) yang bertujuan memperkasakan infrastruktur ICT universiti untuk menyokong pengalaman pembelajaran yang moden.
Antara yang menjadi fokus pameran adalah Falak Digital Learning Space, yang menyediakan infrasturktur PdP berteknologi tinggi, sekaligus mensinergikan antara bidang astronomi modern dan aplikasi falak tradisional. Ini bertujuan untuk merealisasikan pelan strategik integrasi ilmu naqli dan aqli, serta menjadi hub keilmuan falak yang mesra masyarakat, selain menyediakan inisitif buat mahasiswa USIM sebagai Cendekiawan Islam masa hadapan.
Lawatan YB Menteri ini memberikan peluang kepada USIM untuk memperkenalkan inisiatif dan usaha yang sedang dilakukan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran bagi pelajar dan memperkasakan infrastruktur ICT universiti. Kami berharap lawatan ini dapat memberikan inspirasi dan sumbangan kepada pembangunan pendidikan tinggi negara.
Sebagai sebuah universiti Sains Islam, USIM sangat menghormati dan menghargai kunjungan YB Menteri dan berterima kasih atas sokongannya dalam memastikan pendidikan tinggi di Malaysia memenuhi tuntutan zaman dan menjadi pemimpin dunia dalam bidang pembelajaran dan teknologi.