25 Mac 2025Microsoft AI Day merupakan sebahagian daripada program EXPLORE AI USIM 2025, yang telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Kuliah, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPBU). Program ini dianjurkan oleh Pejabat Ketua Pegawai Digital (CDO) dan SDEC USIM dengan kerjasama Microsoft Malaysia.

Bertemakan “Exploring Opportunities and Driving Revolution in Higher Education with AI”, program ini menjadi medan utama bagi mempertingkat kefahaman dan penerapan kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan warga akademik dan pentadbiran USIM.

Majlis dirasmikan oleh Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa AI bukan sekadar teknologi, tetapi satu keperluan dalam memperkukuh sistem pendidikan masa kini.

Program dimulakan dengan ucap utama oleh Prof. Dr. Rosalina Abdul Salam, Profesor di Fakulti Sains dan Teknologi (FST), yang mengetengahkan peranan AI dalam membentuk semula landskap pembelajaran dan pengajaran di institusi pengajian tinggi.

Dua sesi Tech Talk turut menjadi tumpuan:

  • “Transforming Education with Microsoft 365 Copilot” oleh Mr. Eric Looi dari Microsoft (Malaysia) Sdn. Bhd.

  • “AI Fluency & Beyond: Certification Resources” oleh Madam Norizal Abd Latif (eJa) dari Microsoft (Malaysia) Sdn. Bhd.

Forum interaktif bertajuk “Exploring AI in Higher Education: Shaping the Future of Learning” telah mempertemukan ahli akademik dan pentadbir USIM bagi membincangkan masa depan pendidikan tinggi yang dipacu oleh teknologi AI.

Sesi praktikal Hands-On Parallel Session turut dijalankan serentak untuk staf dan pelajar. Latihan penggunaan Microsoft Copilot ini memberikan pendedahan secara langsung dalam persekitaran kerja dan pembelajaran, di mana sesi pelajar turut diadakan secara hibrid bagi memberi peluang penyertaan yang lebih meluas.

Program ini menerima sambutan menggalakkan daripada warga USIM dengan penyertaan aktif dan maklum balas positif daripada peserta. Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan acara ini.

Melalui Microsoft AI Day ini, USIM menzahirkan komitmen untuk terus menerajui transformasi digital dalam pendidikan tinggi Islam dan nasional, seiring dengan perkembangan teknologi global.