MyDigital ID adalah inisiatif kerajaan Malaysia untuk menyediakan sistem identifikasi digital yang selamat dan berintegrasi. Tujuan utamanya adalah untuk mempermudah akses kepada perkhidmatan dalam talian oleh rakyat Malaysia melalui satu platform yang berpusat dan selamat.

Sebagai langkah strategik dalam meluaskan penggunaan MyDigital ID, pihak MIMOS telah memulakan usaha untuk melaksanakan sistem ini di semua Universiti Awam, termasuk USIM.

Justeru, perbincangan awal pihak MIMOS bersama USIM telah dilaksanakan pada 26 Julai 2024 yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Digital (CDO) yang turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Pengarah SDEC, wakil Jabatan Pendaftar dan pasukan teknikal SDEC.

Semoga usaha ini akan menyemarakkan lagi inisiatif pendigitalan USIM.

Think Digital . Embrace Digital . Act Digital
#SDECUSIM #USIMDIGITAL #SayangUSIM