1 Oktober 2025 – SDEC USIM diwakili oleh Pengarah, menerima penghargaan daripada CyberSecurity Malaysia atas penyertaan dalam projek perintis Data Privacy Guard Pro (DPGP) sempena Cyber Digital Services, Defence and Security Asia (CyberDSA) 2025 di MITEC Kuala Lumpur.
Pengiktirafan ini menzahirkan komitmen USIM dalam memperkukuh tadbir urus data dan keselamatan maklumat selaras dengan agenda pendigitalan universiti.
