Bahagian Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (HEP) dan Pusat Digital daripada Universiti Selangor (UNISEL) telah mengadakan sesi lawatan rasmi ke Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC) berkaitan perkongsian penggunaan Sistem Pengundian Pemilihan Perwakilan Pelajar (MPP) USIM secara atas talian pada 18 Julai 2024 (Khamis), 11 Pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama SDEC, Aras 2, Bangunan Pusat Teknologi Maklumat .
Sesi ini dipengerusikan oleh Pengarah SDEC dan dihadiri seramai 8 orang wakil UNISEL, wakil Bahagian Pembangunan dan Kebajikan Pelajar, Pusat Hal Ehwal Pelajar dan wakil teknikal dari Bahagian Aplikasi Akademik dan Portal, SDEC.
